Wednesday 5 October 2016

PILIHAN RAYA






PENSYARAH: PUAN RAIHAN BINTI AHMAD
SUBJEK: PENGAJIAN MALAYSIA/DUB1012

AHLI KUMPULAN BLOG


KEJASHNI A/P GUNASEGARAN (16DTK16F1018)



NURFATIN AFIFAH BINTI MOHD ZAMRI (16DEE16F1094)



NURUL ANIS AFINI BINTI MOHD ISA (16DEE16F1096)


NOR FARINA BINTI AHMAD JELANI (16DEE16F1097)


DEE1C & DTK1A



INDEKS

   

1. Pengenalan pilihan raya
2. Sejarah pilihan raya
3. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
4. Proses pilihan raya di Malaysia
  •  Penamaan calon
  • Kempen pilihan raya
  • Proses mengundi
  • Pengiraan undi
  • keputusan pilihan raya
5. Pengajaran/kesan
6. Kesimpulan
7. Rujukan

PENGENALAN PILIHAN RAYA

          Pilihan raya merupakan satu daripada ciri utama sistem Demokrasi Berparlimen. Secara umumnya, pilihan raya adalah satu proses untuk memilih wakil Parlimen oleh rakyat bagi memerintah sama ada di peringkat negeri atau persekutuan.

SEJARAH PILIHAN RAYA


PilIihan Raya Persekutuan yang pertama merupakan pilihan raya prakemerdekaan telah diadakan di Tanah Melayu pada 27 Julai 1955. Sebanyak 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan telah dimenangi oleh Parti Perikatan yang terdiri daripada gabungan UNMO, MCA, MIC. Satu kerusi lagi dimenangi oleh PAS di Kerian, Perak (bertanding 11 kerusi). Kemenangan Parti Perikatan membolehkan kerajaan sementara dbentuk dan dipimpin oleh Tuanku Abdul Rahman sebelum mendapatkan kemerdekaan penuh pada 31 Ogos 1957.


Rajah 1: Rakyat mengundi


Rajah 2: Suasana Pilihan Raya 

 



SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR)

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialah badan mentadbir, menyelia, mengelola dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia. SPR bertindak untuk memastikan agar proses demokrasi negara berjalan melalui pilihan raya yang adil dan saksama. SPR ditubuhkan pada 4 September 1957

Dua jenis pilihan raya (dikendalikan oleh SPR):

  1. Pilihan raya umum (memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri).
  2. Pilihan raya kecil (memilih pengganti apabila berlaku kekosongan di mana-mana bahagian Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri akibat kematian, perletakan jawatan, hilang kelayakan atau pembatalan keputusan pilihan raya oleh Mahkamah Pilihan Raya. 
          SPR bertanggungjawab mengkaji semula persempadanan bahagian pilihan raya parlimen dan negeri tidak kurang dari lapan tahun sekali. Sehingga kini, terdapat 222 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri.



Rajah 3: Logo Suruhanjaya Pilihan Raya

PROSES PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

Selepas peristiwa Perang Dunia Kedua berakhir pada tahun 1945, diikuti dengan pengunduran tentera Jepun dari Tanah Melayu, semangat nasionalisme di kalangan masyarakat di Tanah Melayu semakin meningkat. Tertubuhnya parti-parti politik untuk memperjuangkan kemerdekaan di Tanah Melayu. Mereka ini mendapat kuasa melalui pilihan raya yang diadakan untuk memilih kerajaan. 

          Di Malaysia, pilihan raya diadakan setiap lima tahun sekali. Pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong (sehingga 90 hari bagi Sabah dan Sarawak). 

Pihak yang terlibat dalam pilihan raya:
  • Badan yang mentadbir pilihan raya
  • pengundi
  • calon yang bertanding
Tujuan utama parti-parti politik bertanding:

  1. Memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat Malaysia atau Dewan Undangan Negeri supaya boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri).
  2. Calon-calon yang memperoleh majoriti undi di bahagian yang mereka bertanding akan diisytiharkan sebagai pemenang.  


Rajah 4: Carta proses pilihan raya di Malaysia

1. PENAMAAN CALON

- Seorang calon boleh bertanding atas nama parti atau perseorangan sebagai calon bebas.
 
- Wang deposit sebanyak rm10,000 bagi kerusi Parlimen dan rm5,000 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri perlu diserahkan sebelum atau pada hari penamaan calon kepada pegawai. 

2. KEMPEN PILIHAN RAYA

- Kempen hanya boleh bermula selepas selesai proses penamaan calon dan berakhir pada jam 12 tengah malam sebelum hari mengundi dengan mematuhi garis panduan yang dikeluarkan. 

- Parti politik dibenarkan untuk membentangkan manifesto masing-masing.

- Deposit akan dipulangkan semula sekiranya calon menanggalkan poster, sepanduk, dan lain-lain dalam tempoh 14 hari selepas hari mengundi.



Rajah 5: Bendera parti politik di Malaysia



 

3. PROSES MENGUNDI

- Terdapat 2 jenis pengundian:
  1. Pengundian biasa oleh pengundi yang berdaftardi hari mengundi.
  2. Pengundian pos melibatkan petugas pilihan raya, anggota polis, ahli panel dan pegawai SPR.
- Mana-mana kategori yang ditetapkan oleh SPR sebagai layak mengundi secara pos. 
- SPR akan menyediakan barang SPR di pusat mengundi bagi membantu pengundi menyemak nombor siri. 
- Pengundi akan memilih calon dengan menandakan "X" sebelah nama calon yang dipilih dalam kertas undi dan memasukkan kertas undi ke dalam peti undi yang disediakan.


Rajah 6: Sedang mengundi



Rajah 7: Panduan semasa mengundi 











Tuesday 4 October 2016

4. PENGIRAAN UNDI

- Hanya beberapa orang sahaja yang dibenarkan berada semasa proses pengiraan undi dijalankan iaitu ahli dan pengawai SPR, pegawai yang dilantik oleh SPR dan kerani mengira undi. 


- Keputusan pengundian akan dikemukakan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya di pusat perjumlahan rasmi undi. 



Rajah 8: Proses pengiraan undi

5. KEPUTUSAN PILIHAN RAYA


- Keputusan pillihan raya bagi seluruh kawasan pilihan raya akan diumumkan dan parti yang menang dengan kelebihan kerusi majoriti akan membentuk kerajaan.

- Keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah oleh mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan mengemukakan petisyen rayuan.

- Petisyen pilihan raya perlu dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi dalam masa 21 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan di dalam Warta. 






PENGAJARAN/KESAN PILIHAN RAYA




  • Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah peka serta prihatin terhadap proses pilihan raya yang diadakan bagi mengelakkan berlakunya kesalahan semasa tempoh pilihan raya.
  • Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah memilih wakil Parlimen dan wakil bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang adil dan bertangungjawab supaya negara atau setiap Dun dipimpin oleh pemimpin yang berwibawa. 
  • Justeru itu, kita sebagai rakyat yang mempunyai kuasa untuk memilih wakil-wakil Parlimen dan Dun mestilah bersatu padu dan bersepakatan dalam memilih wakil yang adil dan saksama agar dapat menjamin kesejahteraan negara.

KESIMPULAN

          Negara Malaysia telah mengamalkan sistem demokrasi sejak pilihan raya yang pertama iaitu pada tahun 1955. Sistem demokrasi ini adalah satu sistem dimana rakyat mempunyai kuasa untuk memilih wakil yang mereka inginkan. Terdapat dua jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum dan pilihan raya kecil. Pilihan raya ini diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Terdapat beberapa proses pilihan raya semasa pilihan raya diadakan adalah seperti berikut:


  1. Penamaan calon
  2. Kempen Pilihan Raya
  3. Proses mengundi
  4. Pengiraan undi
  5. Keputusan pilihan raya
Setelah selesai proses mengundi, SPR akan mengumumkan wakil-wakil Parlimen dan Dun yang menang hasil daripada pilihan rakyat. Sistem demokrasi ini adalah sistem yang diguna pakai oleh Malaysia sejak dahulu kerana dengan sistem ini, dapat menentukan pemimpin yang telus dan berwibawa supaya dapat memimpin negara ke arah kemajuan selaras dengan target negara maju tahun 2020. 

RUJUKAN


  1. Buku

Normurni Mohammad 
Razana Fatin Abdullah @ Razali
Mohamad Faizal Ahmat

Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T)
4 Jalan Pemaju U1/15, Seksyen U1
Hicom-Glenmarie Industrial Park
40150 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

      2. Internet

https://ms.wikipedia.org/wiki/Proses_pilihan_raya_di_Malaysia