Wednesday 5 October 2016

PILIHAN RAYA






PENSYARAH: PUAN RAIHAN BINTI AHMAD
SUBJEK: PENGAJIAN MALAYSIA/DUB1012

AHLI KUMPULAN BLOG


KEJASHNI A/P GUNASEGARAN (16DTK16F1018)



NURFATIN AFIFAH BINTI MOHD ZAMRI (16DEE16F1094)



NURUL ANIS AFINI BINTI MOHD ISA (16DEE16F1096)


NOR FARINA BINTI AHMAD JELANI (16DEE16F1097)


DEE1C & DTK1A



INDEKS

   

1. Pengenalan pilihan raya
2. Sejarah pilihan raya
3. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
4. Proses pilihan raya di Malaysia
  •  Penamaan calon
  • Kempen pilihan raya
  • Proses mengundi
  • Pengiraan undi
  • keputusan pilihan raya
5. Pengajaran/kesan
6. Kesimpulan
7. Rujukan

PENGENALAN PILIHAN RAYA

          Pilihan raya merupakan satu daripada ciri utama sistem Demokrasi Berparlimen. Secara umumnya, pilihan raya adalah satu proses untuk memilih wakil Parlimen oleh rakyat bagi memerintah sama ada di peringkat negeri atau persekutuan.

SEJARAH PILIHAN RAYA


PilIihan Raya Persekutuan yang pertama merupakan pilihan raya prakemerdekaan telah diadakan di Tanah Melayu pada 27 Julai 1955. Sebanyak 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan telah dimenangi oleh Parti Perikatan yang terdiri daripada gabungan UNMO, MCA, MIC. Satu kerusi lagi dimenangi oleh PAS di Kerian, Perak (bertanding 11 kerusi). Kemenangan Parti Perikatan membolehkan kerajaan sementara dbentuk dan dipimpin oleh Tuanku Abdul Rahman sebelum mendapatkan kemerdekaan penuh pada 31 Ogos 1957.


Rajah 1: Rakyat mengundi


Rajah 2: Suasana Pilihan Raya 

 



SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR)

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialah badan mentadbir, menyelia, mengelola dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia. SPR bertindak untuk memastikan agar proses demokrasi negara berjalan melalui pilihan raya yang adil dan saksama. SPR ditubuhkan pada 4 September 1957

Dua jenis pilihan raya (dikendalikan oleh SPR):

  1. Pilihan raya umum (memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri).
  2. Pilihan raya kecil (memilih pengganti apabila berlaku kekosongan di mana-mana bahagian Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri akibat kematian, perletakan jawatan, hilang kelayakan atau pembatalan keputusan pilihan raya oleh Mahkamah Pilihan Raya. 
          SPR bertanggungjawab mengkaji semula persempadanan bahagian pilihan raya parlimen dan negeri tidak kurang dari lapan tahun sekali. Sehingga kini, terdapat 222 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri.



Rajah 3: Logo Suruhanjaya Pilihan Raya

PROSES PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

Selepas peristiwa Perang Dunia Kedua berakhir pada tahun 1945, diikuti dengan pengunduran tentera Jepun dari Tanah Melayu, semangat nasionalisme di kalangan masyarakat di Tanah Melayu semakin meningkat. Tertubuhnya parti-parti politik untuk memperjuangkan kemerdekaan di Tanah Melayu. Mereka ini mendapat kuasa melalui pilihan raya yang diadakan untuk memilih kerajaan. 

          Di Malaysia, pilihan raya diadakan setiap lima tahun sekali. Pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong (sehingga 90 hari bagi Sabah dan Sarawak). 

Pihak yang terlibat dalam pilihan raya:
  • Badan yang mentadbir pilihan raya
  • pengundi
  • calon yang bertanding
Tujuan utama parti-parti politik bertanding:

  1. Memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat Malaysia atau Dewan Undangan Negeri supaya boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri).
  2. Calon-calon yang memperoleh majoriti undi di bahagian yang mereka bertanding akan diisytiharkan sebagai pemenang.  


Rajah 4: Carta proses pilihan raya di Malaysia